Search This Blog

Friday, April 13, 2012

NUKILAN DARI ENCIK MUHAMMAD ROZI (PEMILIK GREEN MILLION AGRISOLUTION ENT)

salam sejahtera..
terlebih dahulu jutaan terima kasih buat para investor fertigasi..namun saya terpanggil untuk membuat sedikit nukilan disini.
projek fertigasi tersebut berjangka panjang sebagaimana saya bercerita mulut.
semua rakan kongsi akan berpeluang sehingga memiliki kebun sendiri..itu matlamat program ini..
Jadi matlamatnya ialah mewujudkan komuniti pertanian yang mampu menghasilkan punca pendapatan utama atau sampingan secara berperingkat.

1.peringkat pertama-investment
rakan kongsi akan mengeluarkan separuh modal keperluan dan saya sebagai pengusaha mengeluarkan separuh lagi untuk penyediaan tapak..mengusahakan pertanian/ternakan/akuakultur untung mencapai keuntungan sebagai cara menambahkan modal.
2.peringkat kedua-Joint Venture
selepas beberapa musim tanaman/ternakan, modal akan terkumpul yang akan diguna sebagai modal perkongsian Joint Venture membuka tanah atas nama rakan kongsi pelabur.Pembahagian keuntungan adalah mengikut peratus yang akan dipersetujui bersama.
3.Usaha Sendiri.
selepas peringkat satu dan dua, rakan kongsi pelabur dianggap sudah mampu untuk mengusahakan sendiri kebun masing2 dan menetapkan target keuntungan sendiri.

Diatas adalah matlamat pengembangan projek ini, saya sudah bersedia dengan hampir 40 ekar tanah dan terdapat juga peluang tanah lain yang boleh sama2 kita terokai dan kongsi.
Jadi saya mohon sangat2.. biarlah sesama kita jujur,saling membantu,menerima kelemahan dan kesilapan tetapi saling dapat membetulkan.. berusaha membaiki kelemahan dan bukan saling memburukkan.bersangka baik dan saling memberi dorongan..

ini bukan program cepat kaya semata2 nak berikan hasil cepat tetapi program pengembangan punca pendapatan secara perlahan2 sehingga la ia stabil dan kukuh.
kepada bakal para rakan kongsi pelabur.. saya hanya menerima pelaburan "spare" biarpun sekecil RM500, itu lebih baik dari modal besar yang membawa buruk sangka..
kita di peringkat pembangunan..pasti banyak kekurangan dan kelemahan..
Jika anda positif dan bersedia bertolak ansur, kita akan maju bersama2..

tetapi jika kita lebih pentingkan diri sendiri, dan mahu keperluan kita sahaja didahulukan, kita akan gagal bertolak ansur dan sukar terima kelemahan.
Fikirkan dan pastikan kedudukan anda (rakan kongsi sedia ada/bakal rakan kongsi)..jika anda positif ..mari sertai saya.
jika anda negatif atau merasakan diri lebih baik.. teruskan dengan dunia anda.. kita tak perlu bergaduh hanya kerana berbeza pendapat..

saya lebih memerlukan komen2 yang baik sebagai tanda menghargai usaha saya..supaya saya tak merasa "penat" berpenat lelah menunaikan amanah perjanjian dan memulangkan modal.
kenapa tak ada yang postkan rasa bersyukur modal anda dah dipulangkan dan mendoakan perjalanan usaha keuntungan berikutnya terus berjaya?
kenapa nak "highlite" sedikit kelewatan dari jadual yang kita dah sedia fahami kita diperingkat baru bermula dan saya membuat kerja seorang diri untuk keselamatan bersama bagi mengelakkan faktor kerugian akibat pecah amanah bila mengharapkan pihak lain

6 comments:

  1. Che Rozi, gambar projek kulat tak nak masuk juga ke?

    ReplyDelete
  2. Bestnya peluang yg che rozi beri nie,sy sorng suri rumah dan sedang mencari sumber pendapatan Sampingan jangka ms panjang. Apatah lg hny brmodalkn serendah rm500...bg menampung prbelanjaan yg semakin meningkt dr hari ke hari...

    ReplyDelete
  3. Lyn : klu berminat blh email kat sy detail mcm nama, no fon & jumlah modal pelaburan di khailiza_82@yahoo.com (LIZA pekerja en muhammad rozi)..

    ReplyDelete
  4. Askum selamat tengah hari.sy jeffri dr johor bahru yg memang sangat sangat berminat utk sertai program ini.sudah beberapa hari sy membaca block ini dn sy dapati cara dn peluang yg diberikn oleh en rozi dn company sangat2 terbaik.jadi disini sy jugak ingin menjadi pelabur kepada projek encik.cuma skang ini sy masih berbincang ngan rakan rakan lain utk sama sama menyertai projek ini.insyaallah dengan izin allah swt sy dn rakan rakan akn melabur pada projek encik rozi tidak lama lg.dn sy juga mengucapkn tahniah diatas usaha keras en rozi.semoga menjadi ikon kepada remaja dn juga masyarakat melayu kita hari ini.

    ReplyDelete
  5. Syarikat ini adalah satu penipuan. Ia tersenarai di dalam senarai BNM dan sedang disiasat oleh SSM kerana menjalankan aktiviti tanpa kebenaran. Sila rujuk pihak2 berkenaan sebelum anda tertipu. Telah ramai menjadi mangsa. Jangan Tertipu.

    ReplyDelete
  6. yer.. syarikat Ent sememang nya tdk dibenarkan sama sekali oleh pihak berkuasa Malaysia mengambil deposit dari org ramai dgn tujuan pelaburan..

    sy sendiri telah terjebak dgn SKIM pelaburan ini pada thn 2011..

    pada mula nya nampak mcm ok jer.. tapi bila tempoh pelaburan telah matang , call tak jwb/sms pun taknak balas.. lepas tu anggap pelabur mcm sampah.. cehhhhhh!

    ReplyDelete